Waktu Solat Dhuha
Waktu Solat Sunat Dhuha - bermula lebih kurang 20 minit lepas Syuruk
(naik matahari) sehingga lebih kurang 20 minit sebelum Zohor...waktu yang
paling afdhal adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong
hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari
telah meninggi dan kian panas sinarnya.”...Imam Nawawi menghuraikan masa
tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu
pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).