Wednesday, July 29, 2009

SAJAK UNTUK GURU PASTI... "GURU O GURU"

Posted by Admin at 7/29/2009 03:50:00 AM 0 comments

Guru O Guru


(dideklamasikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong sempena Hari Guru PASTI Terengganu 2009)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Guru o guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979



Friday, July 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI TERENGGANU 2009

Posted by Admin at 7/24/2009 02:05:00 AM 0 comments

Kuala Ibai, 20 Julai 2009 - "Setiap hari adalah hari guru".. itulah kata-kata hikmah yang diucapkan oleh ketua MGP Negeri Terengganu dan diulangi oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud dalam ucaptama beliau.


Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari guru ini berjaya menghimpunkan lebih 300 guru-guru dari seluruh PASTI kawasan-kawasan di Terengganu serta ALP PASTI Negeri.


Sebagai memberkati majlis, aturcara gilang gemilang ini dimulakan dengan alunan wahyu daripada seorang pelajar PASTI K.Terengganu . Seterusnya, disemarakkan dengan nyanyian lagu tema PAS & lagu PASTI oleh semua guru-guru dan hadirin.

Dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ust Mohd Nor Hamzah dengan kalimah juang yang mulia "Siru 'ala barakatillah", antara yang ditekankan oleh Ust Mohd Nor Hamzah ialah tentang tanggungjawab dan jasa guru PASTI sebagai pendidik, sebagai murabbi yang berperanan besar dalam membentuk anak-anak melalui tarbiyyah Islamiyah.


Lantas disertai pula dengan ikrar guru PASTI Terengganu untuk terus komited berjihad dalam gerakan Islam.

Memeriahkan majlis, persembahan sajak daripada pelajar-pelajar PASTI Hulu Terengganu. Nasyid oleh guru-guru PASTI Kawasan Kuala Nerus dan Kemaman. Dikir dakwah oleh kumpulan the Syoutul Jihad, cabutan bertuah dan teristimewa sajak daripada Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman bertajuk "Guru oh Guru".




Majlis sambutan ini juga meraikan mantan AJK PASTI Negeri sessi yang lepas serta penyampaian anugerah pengurusan kewangan cemerlang PASTI kawasan-kawasan, guru lama berkhidmat PASTI negeri Terengganu (Cikgu Maznah Endut - K. Nerus), guru cemerlang PASTI kawasan-kawasan dan tokoh guru pasti PASTI negeri Terengganu (Cikgu Siti Aidah - Dungun).

Tidak kurang hebat dan menyelerakan ialah makanan yang dihidangkan. Ada pulut santan durian, aneka jenis kuih, kepok rebus, tapai pulut dan teristimewa nasi bukhari pada tengaharinya. Itulah antara keistimewaan cikgu PASTI, disamping bijak mendidik, pandai juga memasak.

Majlis diakhiri dengan sessi bergambar untuk semua ALP Negeri & guru-guru yang menerima anugerah. Dengan harapan insyaAllah, sesuai dengan usia 25 tahun PASTI, semoga ia akan lebih maju dalam menerajui perubahan dalam pendidikan pra sekolah di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Syabas & teruskan perjuangan yang murni ini.

"SELAMAT HARI GURU... Setiap Hari Adalah Hari Guru".


Antara gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Terengganu 2009 :

Himpunan PASTI Malaysia di Kelantan

Posted by Admin at 7/24/2009 12:06:00 AM 0 comments
Manek Urai, 11 Julai 2009 - Tanggal ini merupakan detik bersejarah bagi MGP Terengganu dengan menghantar kontijen guru-gurunya ke Manek Urai, Kelantan.

Perhimpunan PASTI Malaysia yang bertempat di PASTI As Sobri, Manek Urai ini melihatkan gabungan guru-guru dari setiap negeri dengan tujuan berhimpun, beraktiviti dan menjalinkan ukhuwah di kalangan guru serta masyarakat setempat.

Turut hadir dan memberi ucapan taujihad ialah Ketua Pengarah PASTI Pusat, Cikgu Azrin, Ketua Dewan Pemuda Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi dan YB Siti Zailah. Seterusnya, doa disampaikan oleh Ust Nasaruddin yang cukup mengesankan dan memberi kekuatan kepada para pejuang Tunas Islam.

Seterusnya diikuti oleh ikrar perjuangan guru-guru PASTI Malaysia sebelum bergerak memeriahkan aktiviti yang disusun dan mejalinkan ukhuwah fillah bersama masyarakat Manek Urai.

Syabas guru-guru PASTI.. "Siru ala barakatillah".


Antara gambar-gambar sekitar Himpunan PASTI Malaysia :

Tunas-tunas Islam yang comel














Tunas-tunas Islam yang comel














Tunas-tunas Islam yang comel














Antara guru-guru yang hadir














Biarpun panas, kami akan terus komited untuk Islam














Cikgu Azrin mengaminkan doa perjuangan














YB Siti Zailah turut hadir memberikan motivasi














Santai... keindahan dan ketenangan di Lata Rek, Manek Urai













Wednesday, July 8, 2009

KURIKULUM PASTI

Posted by admin PASTI Terengganu at 7/08/2009 11:37:00 AM 0 comments
Mukadimah
Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan satu kurikulum pra-sekolah yang dibina khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 Tahun berdasarkan Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualimah).


1.1 Kandungan dan Fungsi Kurikulum PASTI
Kurikulum PASTI adalah mengikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya, kurikulum ini adalah pancaran konsep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqliah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh aim sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.

1.2 Rujukan Kurikulum PASTI
Rujukan Kurikulum ialah Al-Quran, Sirah Rasul, Sirah Sahabat r.a. dan Sejarah Peradaban serta Tamadun Islam. Kesemua rujukan mengutarakan kepentingan kepada pengangan Tauhid, Fiqh, dan Sirah di samping pengajian bahasa-bahasa, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan riadah.


1.3 Matlamat / Sasaran Kurikulum PASTI
Sasaran paling utama dalam pembinaan kurikulum pendidikan Islam ialah bagaimana memelihara dan mengembangkan fitrah manusia yang sihat. 'Fitrah' dengan segala macam persediaan dan keperihalannya yang berpotensi dalam diri manusia merupakan amanah Allah yang mesti dijaga dan dipelihara supaya ianya tidak dirosakkan. Bahkan, fitrah di wajar diperkembangkan ke tahap 'kesempurnaan kemanusiaan' yakni 'Al- Insani'.
Pencapaian peringkat 'Al-Kamalul-Insani' merupakan sebagai suatu persediaan bagi membolehkan seseorang itu hidup berbahagia di dunia dan akhirat. Kebolehan untuk hidup bahagia ini bukanlah didasarkan kepada kemampuan seseorang mengadakan sesuatu yang diingininya atau memenuhi permintaan masyarakat sekelilingnya tetapi sebaliknya bersandarkan kepada kemampuan seseorang itu mengisi dan mengolah kehendak-kehendak fitrah yang sihat yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat sekeliling mengikut batas-batas dan norma-norma yang ditetapkan oleh Rabbul A'lamin

Beberapa aspek fitrah yang menjadi ciri kemanusiaan hendaklah diberi rawatan dan pembaikan yang bermula dengan mengajar dan mengasuh. Para guru (mualimah) bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni yang unggul dan yang sebenarnya dalam hidup ini.
Perkembangan fitrah yang selanjutnya akan berlaku dengan penekanan terhadap fitrah yang berpotensi membentuk peribadi Muslim yang unggul serta selari dengan nilai-nilai murni yang diajar. Antara aspek fitrah yang paling penting dalam pengawalan dan pengembangan potensinya ialah akal dan perasaan. Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap gerak laku manusia. Pemurnian kedua-dua aspek ini akan menjadi asas kepada perkembangan jiwa dan peribadi anak-anak selanjutnya.

1.4 Hadaf (Objektif) Kurikulum PASTI
Hadaf (Am dan Khas) merupakan ciri utama pembinaan Kurikulum (Curriculum Construction) sebagai hala-tuju memenuhi matlamat sesuatu pendidikan. Walau bagaimanapun untuk menentukan tercapainya matlamat pendidikan itu haruslah mengambil kira faktor-faktor lain yang membantu seperti aspek guru (termasuk latihan guru), kewangan, ciri-ciri murid dan kemudahan (prasarana) yang merupakan faktor saling berkaitan antara satu sama lain.


1.5 Sumber-sumber Hadaf PASTI
Sumber-sumber hadaf PASTI meliputi aspek-aspek berikuta) Tuntutan Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek Rohaniah, Aqliah dan Jasmaniahb) Maklumat tentang tingkat perkembangan murid (child development), keperluan (needs) dan minat semulajadi (fitrah).c) Keadaan budaya hidup dan masalah-masalah mereka.d) Ciri-ciri dan jenis pembelajaran hasil daripada penelitian mata pelajaran - mata pelajaran yang disediakan.

1.6 Hadaf-hadaf Am PASTI
a) Untuk menyediakan wadah/uslub pendidikan yang menguntungkan masyarakat Win con ummah secara umumnya.
b) Sebagai tapak semaian yang menjadi tunjang kekuatan dan pertahanan ummah yang akan membela agama, bangsa dan negara.
c) Untuk membina generasi yang peka dan kukuh dari segi Iman, Syaksiah, Akal dan Jasmaniah.
d) Bagi melahirkan generasi yang mampu melaksanakan budaya Islam dalam semua kehidupan individu masyarakat dan negara.

1.7 Hadaf-hadaf Khas PASTI
a) Untuk membina generasi yang berasaskan kepada Iman, Islam dan Ihsan dalam kehidupan dan penghidupan mereka serta segala keperihalannya.
b) Bagi menyediakan rangsangan-ransangan bercorak Islam sesuai dengan perkembangan rohaniah, aqliah dan jasmaniah murid-murid secara konsisten dan intensif.
c) Untuk mengenali kehidupan Islam dan membezakan dengan kehidupan Jahiliyah sesuai dengan peringkat kematangan mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menjauhkan diri dari cara hidup Jahiliyah dengan mengerjakan ibadah, mengasah daya fikir, budaya kerja, kemahiran kerja dalam menghayati kebesaran, kekuasaan dan kekayaan Illahi.
d) Untuk memberikan didikan mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan harian secara Islam.
e) Untuk memberikan didikan dan asuhan dalam menguasai cara hidup Islam yang berpandukan Iman, Islam dan Ihsan untuk mencapai keredaan Illahi.

2.1 Rekabentuk Kurikulum PASTI
Oleh kerana Kurikulum Pendidikan Islam berpaksikan kepada Tauhid (Ketuhanan) dan matlamatnya untuk membina 'Sahsiah Islamiah' yang mencernakan dua cirri kemanusiaan yang sangat penting iaitu kehambaan diri kepada Allah (Ibadatullah) semata-mata dan kelayakan diri sebagai (khalifatulla Fil-Ard) maka untuk mencapai matlamat ini memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Ini bermakna dengan sendirinya proses pendidikan melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta pengasuhan teori-teori Pendidikan semasa (educational theories) bagi melaksana dan menjayakan program-program pendidikan.

Walau bagaimanapun kaedahkaedah dan teknik-teknik pendidikan semasa yang tidak bertentangan dengan Islam boleh membantu kepada pelaksanaan pendidikan Islam bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baik
Pembentukan Kurikulum PASTI mengambil-kira turutan (sequences) dan perseimbangan (equilibrium) bagi mempastikan model ini berkesan dan mencapai hadafnya (objektifnya). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa teras utama pendidikan PASTI ialah Ketuhanan, maka semua aspek, konsep, pendekatan serta perkaitannya dengan semua mata pelajaran menjurus kepada mencapai keredaan Allah SWT. Kurikulum ini akan menentukan hala tuju dan corak hidup anakanak PASTI yang akan berdepan dengan cabaran semasa sebagai garis pemisah kehidupan yang haq atau batil, baik dan jahat, berbahagia atau celaka.

Asas pegangan yang kukuh serta fitrah semulajadi yang terarah ini akan mempengaruhi dan mewarnai tindakan serta perilaku anak-anak PASTI. Norma-norma kehidupan yang baik dan amalan-amalan soleh yang diterima di PASTI menerusi kurikulum yang diikuti akan menjadi kebanggaan individu dan masyarakat. Seterusnya generasi yang terdidik dengan sistem pendidikan Islam ini akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara dengan iltizarn dan komitmen yang tinggi untuk memenuhi aspirasi negara.
Keberkesanan dan kemantapan kurikulum PASTI ini akan dapat direalisasikan menerusi dua elemen penting iaitu penggunaan bahasa sebagai wasilah (pengantar) dan wahyu sebagai sumber ilmu yang sebenarnya. Justeru, pengajaran dan Pendidikan AI-Quran serta AI-Sunnah hendaklah diserapkan dalam semua mata pelajaran serta digabung-jalinkan dengan penyerapan ilmu bantu-ilmu bantu yang lain.

2.2 Struktur Kurikulum PASTI
Kurikulum PASTI dirangka menerusi empat bidang yang saling berkaitan pelaksanaanya. Keempat-empat bidang itu ialah;

a) Ilmu Fardu Ain.
b) Ilmu Fardu Kifayah
c) Ilmu Alat.
d) Sumber Ilmu
Maklumat-maklumat yang terkandung dalam keempat-empat bidang tersebut diperincikan lagi menerusi mata pelajaran yang diajar. Isi kandungan mata pelajaran mata pelajaran pula adalah merupakan cirri utama ke arah pencapaian hadaf-hadaf yang telah ditetapkan. Isi pelajaran adalah disusun dan dibentuk dalam ruang lingkup (scope) yang lengkap bagi memenuhi semua bahan yang dipelajari, cirri-ciri semulajadi (fitrah) mengikut turutan, bersepadu serta mempunyai perkaitan (interrelationship) dan realistik berasaskan sumber dan masa yang diperuntukkan.

Mata pelajaran yang diajar di PASTI adalah seperti berikut:
a) Quran
b) Al- Tauhid
c) Al-Fiqh
d) Al-Sirah
e) Al-Akhlaq Wal Adab
f) Asas Bahasa dan Tulisan (Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi)
g) Al-Tibb (Kesihatan)
h) Pendidikan Sosial dan Pembangunan Insan.
i) Alam dan Manusia
j) Ilmu Hisab /Asas Matematik
k) Riadah /Pendidikan Jasmani
l) Teknologi Maklumat (Pengenalan Asas Komputer)

2.3 Pendekatan Pengajaran PASTI
Pada peringkat asas pra-sekolah PASTI ini, mata pelajaran tidak diajar secara tersendiri (terpisah-pisah) tetapi diajar dengan cara penyerapan menerusi gabung-jalin melalui kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, semua mata pelajaran yang diajar akan dipastikan;
a) Saling berkaitan di antara sesuatu mata pelajaran itu dengan mata pelajaran Tauhid
b) Gabung-jalin antara mata pelajaran-mata pelajaran seperti bahasa dengan kegiatan membaca dan menulis serta menghafal.
c) Penyerapan suatu pelajaran yang lain seperti Sirah Al-Quran yang diserapkan ke dalam pelajaran Bahasa, Tauhid Ilmu - Hisab, Kesihatan, Alam dan Manusia dan seumpamanya.

Sejarah Ringkas PASTI Terengganu

Posted by admin PASTI Terengganu at 7/08/2009 11:18:00 AM 0 comments


OBJEKTIF JABATAN PASTI NEGERI TERENGGANU
- MENINGKATKAN KUALITI DAN KUANTITI PENGURUSAN PASTI
- MEMASYARAKATKAN PASTI
- MENINGKATKAN KETERAMPILAN DAN PERANAN GURU

VISI
MENJADILKAN PASTI SEBUAH ORGANISASI YANG BERWIBAWA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN JAMAAH DAN UMMAH


MISI
BERILTIZAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG EFISEN DAN BERKUALITI SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA KEMAJUAN PASTI, JAMAAH DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
KRONOLOGI PENUBUHAN PASTI TERENGGANU

16 SEPTEMBER 1979
PENUBUHAN JAWATANKUASA PERINTIS
DIANGGOTAI :
USTAZ ABU BAKAR CHIK
USTAZ ABU BAKAR ABDULLAH
CIKGU HUSAIN ISMAIL
SAUDARA WAN ZAINI WAN YAHYA
USTAZ ZAKARIA B. DAGANG
CIKGU SULONG B. ABD. RASHID



15 JAMADIL-AWWAL 1400 / 1 APRIL 1980
MESYUARAT JAWATANKUASA TADIKA ISLAM KALI 1, DI INSTITIUT BERAKAN, JALAN SULTAN OMAR, KUALA TERENGGANU.

28 SYA’ABAN 1400 / 11 JULAI 1980
GOTONG ROYONG MEMEBERSIH KAWASAN RUMAH UNTUK TADIKA ISLAM DI KAMPONG LOSONG HJ. MAT SHAFIE, KUALA TERENGGANU.

9 SYAWAL 1400 / 20 OGOS 1980
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA TADIKA ISLAM LOSONG HAJI MAT SHAFIE.
PENGARAH – AHMAD SHABERY CHEEK
TIM. PENGARAH – SAUDARA ZAKARIA DAGANG



11 SYAWAL 1400 / 22 0G0S
PENDAFTARAN MASUK MURID-MURID KE TADIKA ISLAM LOSONG HAJI MAT SHAFIE

20 SYAWAL 1400 / 1 SEPTEMBER 1980
( PEMBUKAAN TASKI YANG PERTAMA DI TERENGGANU )
PEMBUKAAN TADIKA ISLAM LOSONG HAJI MAT SHAFIE. MAJLIS PERASMIAN OLEH USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK, SETIAUSAHA ABIM NEGERI TERENGGANU.
MURID SERAMAI 65 ORANG

8 MUHARRAM 1401 / 16 NOVEMBER 1980
PEMBUKAAN TASKI KE – 2, DI JALAN PANJI ALAM ( GONG GEMIA ), KUALA TERENGGANU.

sumber; JPNT

Tuesday, July 7, 2009

Senarai Perhubungan PASTI Kawasan

Posted by nasikerabupetro at 7/07/2009 02:49:00 PM 0 comments
Alamat email PASTI Negeri Terengganu : pastitrg@gmail.com

1.PASTI Kawasan Marang - Nol tel: 09 6204417 (Pejabat) /013 9201584 (Us Sulaiman)
2.PASTI Kawasan Kuala Terengganu - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 013 8830038 (Abu Bakar)
3.PASTI Kawasan Dungun - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 0148262579 ( Cg. Zul )
4.PASTI Kawasan Hulu Terengganu - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 0199599615 ( Cg. Norzira)
5.PASTI Kawasan Besut - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 0199328755 ( Us. Kaspi )
6.PASTI Kawasan Setiu - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 013 9861683 (Sauti)
7.PASTI Kawasan Kemaman - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 0199115792 (Us. Hisyam)
8.PASTI Kawasan Kuala Nerus - Nol tel: 09 6204417 (pejabat) / 013 9357742 (Us. Hazha)
 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez