Friday, July 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI TERENGGANU 2009

Posted by Admin at 7/24/2009 02:05:00 AM

Kuala Ibai, 20 Julai 2009 - "Setiap hari adalah hari guru".. itulah kata-kata hikmah yang diucapkan oleh ketua MGP Negeri Terengganu dan diulangi oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud dalam ucaptama beliau.


Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari guru ini berjaya menghimpunkan lebih 300 guru-guru dari seluruh PASTI kawasan-kawasan di Terengganu serta ALP PASTI Negeri.


Sebagai memberkati majlis, aturcara gilang gemilang ini dimulakan dengan alunan wahyu daripada seorang pelajar PASTI K.Terengganu . Seterusnya, disemarakkan dengan nyanyian lagu tema PAS & lagu PASTI oleh semua guru-guru dan hadirin.

Dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ust Mohd Nor Hamzah dengan kalimah juang yang mulia "Siru 'ala barakatillah", antara yang ditekankan oleh Ust Mohd Nor Hamzah ialah tentang tanggungjawab dan jasa guru PASTI sebagai pendidik, sebagai murabbi yang berperanan besar dalam membentuk anak-anak melalui tarbiyyah Islamiyah.


Lantas disertai pula dengan ikrar guru PASTI Terengganu untuk terus komited berjihad dalam gerakan Islam.

Memeriahkan majlis, persembahan sajak daripada pelajar-pelajar PASTI Hulu Terengganu. Nasyid oleh guru-guru PASTI Kawasan Kuala Nerus dan Kemaman. Dikir dakwah oleh kumpulan the Syoutul Jihad, cabutan bertuah dan teristimewa sajak daripada Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman bertajuk "Guru oh Guru".




Majlis sambutan ini juga meraikan mantan AJK PASTI Negeri sessi yang lepas serta penyampaian anugerah pengurusan kewangan cemerlang PASTI kawasan-kawasan, guru lama berkhidmat PASTI negeri Terengganu (Cikgu Maznah Endut - K. Nerus), guru cemerlang PASTI kawasan-kawasan dan tokoh guru pasti PASTI negeri Terengganu (Cikgu Siti Aidah - Dungun).

Tidak kurang hebat dan menyelerakan ialah makanan yang dihidangkan. Ada pulut santan durian, aneka jenis kuih, kepok rebus, tapai pulut dan teristimewa nasi bukhari pada tengaharinya. Itulah antara keistimewaan cikgu PASTI, disamping bijak mendidik, pandai juga memasak.

Majlis diakhiri dengan sessi bergambar untuk semua ALP Negeri & guru-guru yang menerima anugerah. Dengan harapan insyaAllah, sesuai dengan usia 25 tahun PASTI, semoga ia akan lebih maju dalam menerajui perubahan dalam pendidikan pra sekolah di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Syabas & teruskan perjuangan yang murni ini.

"SELAMAT HARI GURU... Setiap Hari Adalah Hari Guru".


Antara gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Terengganu 2009 :

0 comments:

 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez