Saturday, April 14, 2012

Posted by Admin at 4/14/2012 01:09:00 PM 0 comments

IJTIMA' PRU 13 MAJLIS GURU PASTI MALAYSIA 2012

PROGRAM :: IJTIMA' PILIHANRAYA GURU PASTI MALAYSIA
TEMPAT :: PUTIK, PENG. CHEPA
TARIKH :: JUMAAT-SABTU, 24 - 25 FEB 2012
PERASMIAN :: YB DATO' TIMB. MENTERI BESAR KELANTAN
PENUTUP :: UST NIK ABDUH
KEHADIRAN :: SELURUH GURU PASTI MALAYSIA ( 1000 Orang )








Tazkirah Pagi

Posted by Admin at 4/14/2012 11:15:00 AM 1 comments
Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha - bermula lebih kurang 20 minit lepas Syuruk
(naik matahari) sehingga lebih kurang 20 minit sebelum Zohor...waktu yang
paling afdhal adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong
hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari
telah meninggi dan kian panas sinarnya.”...Imam Nawawi menghuraikan masa
tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu
pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Saturday, February 18, 2012

Mesyuarat AJK Jabatan PASTI Negeri Terengganu Bil. 5/2011-2013

Posted by Admin at 2/18/2012 10:26:00 AM 0 comments
Tarikh : 25 Rabiulawwal 1433H / 18 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat PASTI Negeri Terengganu

Thursday, October 27, 2011

Majlis Makan Malam Dana Pembangunan & Pendidikan PASTI 2011

Posted by Admin at 10/27/2011 10:55:00 AM 0 comments

Tarikh : 26 Oktober 2011

Masa : 9.00 mlm

Tempat : Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu






Saturday, May 14, 2011

Sukan PASTI Terengganu 2011

Posted by Admin at 5/14/2011 06:49:00 PM 0 comments








Kg Darat Batu Rakit, Setiu - 14 Mei 2011



KEMAMAN JUARA BOLA SEPAK & JUARA KESELURUHAN


Sukan PASTI Negeri Terengganu kali ini telah sempurna dilaksanakan dengan Setiu menjadi tuan rumah.


Buat julung-julung kali, PASTI Kawasan Kemaman menggondol kejuaraan bagi bola sepak dan naib juara bagi bola jaring, lantas terus menjadi JUARA bagi keseluruhan. TAHNIAH !!


Keputusan Karnival Sukan PASTI Terengganu 2011 :


Bola Sepak : Juara - Kemaman, Naib Juara - Dungun

Bola Jaring : Juara - Kuala Terengganu, Naib Juara - Kemaman


Jabatan PASTI Negeri Terengganu mengucapkan syabas & teruskan latihan untuk Karnival Sukan PASTI Kebangsaan 2011 yang akan diadakan di Terengganu nanti.


TAKBIR ! TAKBIR !

Sunday, June 27, 2010

Karnival Sukan PASTI Malaysia 2010

Posted by tunas at 6/27/2010 09:40:00 AM 0 comments


Bertam, Pulau Pinang - 27 June 2010

Pada hari ini, 14 Rejab 1431H PASTI Malaysia telah menganjurkan karnival sukan PASTI peringkat kebangsaan kali ke-6 di Kompleks Sukan MPSP, Bertam Pulau Pinang. Kali ini, negeri Pulau Pinang yang menjadi tuan rumah mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen PASTI-PASTI Negeri di Malaysia.

Kontinjen PASTI Terengganu yang diketuai oleh Sdr Al-Ghazali kali ini insyaAllah beriltizam untuk memberikan yang terhebat di kejohanan bola sepak & bola jaring. Slogan kontinjen Terengganu "Peteh Tranung Peteh" menyemarakkan lagi semangat pasukan kontinjen Terengganu.

Syabas.. dan "Siru 'ala Barakatillah"


Sunday, May 30, 2010

Majlis Ijtima' & Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010

Posted by Admin at 5/30/2010 09:40:00 AM 0 comments

Pada kali ini Negeri Terengganu dipilih menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Ijtima' Guru PASTI Malaysia 2010. Program yang berlangsung selama 2hari ini mendapat sambutan yang meriah daripada semua perwakilan guru pasti di negeri2 seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Hari Pertama

Program bermula pada hari jumaat bersamaan 28/5/2010 dimana pendaftaran semua kontijen di Masjid Rusila, Marang dan berpindah ke Markas Tarbiyyah Kuala Ibai selepas Solat Jumaat untuk slot perasmian..

Sesi pendaftaran di Masjid Rusila

Sekitar jam 2.45 ptg slot perasmian Ijtima' Guru PASTI Malaysia 2010 dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Hishamuddin dari Kemaman. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan suci Al-Quran oleh adik dari Dungun. Setelah itu hadirin diminta bangun untuk menyanyikan lagu PASTI, semua hadirin semangat menyanyikan lagu ini. Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu (Ustaz Soud), Pengerusi MGP Pusat (Pn Saadiah), Ketua Pengarah Jabatan PASTI Pusat (Cikgu Azrin) dan ucapan dari Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS seterusnya merasmikan program.

Cikgu Azrin meyampaikan ucapannya

Pengarah2 Jabatan PASTI Negeri2 yang hadir

Gimik perasmian program

Program dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh pelajar PASTI Negeri Terengganu dan kumpulan Ex-PASTI yang dapat mengharukan setiap hadirin yang hadir dengan bait2 lagu serta kelunakan suara mereka. Slot persembahan ini juga diselitkan dengan penyampaian sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu.

Persembahan pelajar PASTI

Persembahan kumpulan Ikhwan (Ex-PASTI)

Deklamasi sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu

Sebagai janji seorang guru yang memberikan seluruh komitmen mendidik tunas2 Islam, slot ikrar Guru PASTI Malaysia menjadi tumpuan kerana guru2 yang hadir penuh semangat melaungkan ikrar. Ikrar guru PASTI Malaysia diketuai oleh Pengerusi MGP Negeri Terengganu, Cg Noriah.

Mantan Pengerusi MGPNT, Cg Rohaizan mengetuai bacaan Ikrar Guru PASTI

Janji mereka yang bergelar guru PASTI

Program diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan ABM K4T kepada PASTI Negeri dan penyampaian hadiah serta anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia. Penyampaian cenderahati ini disampaikan oleh Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik.

Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Negeri

Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang

Barisan penerima Anugerah Guru Cemerlang

Program yang bermula pada jam 2.45petang ini telah tamat pada jam 6petang dengan kontijen2 pulang ke penginapan masing2. Pada malam harinya, taklimat KOPASTI diadakan untuk menambah pendapatan PASTI dan dibuka pendaftarannya kepada semua yang ingin menjadi ahli.

Hari Kedua

Hari kedua diteruskan dengan muktamar MGP Pusat.

Penyerahan kad undi kepada Ketua SPR

Pengerusi tetap yang dilantik


Perbahasan usul dan komen dari wakil setiap Negeri

Barisan mantan kepimpinan MGP Pusat

Suasana ketika muktamar

Barisan kepimpinan MGP Pusat yang baru

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Soud bersama AJK2 yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan serta lokasi muktamar yang selesa kepada semua kontijen yang hadir. Semoga ia dapat menjadi contoh atau titik rujukan kepada muktamar yang akan datang..InsyaAllah.


Gambar perwakilan setiap Negeri

Perwakilan Negeri Sabah

Perwakilan Negeri Sarawak

Perwakilan Negeri Selangor

Perwakilan Negeri Pulau Pinang

Perwakilan Negeri Perak

Perwakilan Negeri Perlis

Perwakilan Wilayah Persekutuan

Perwakilan Negeri Melaka

Perwakilan Negeri Kedah

Perwakilan Negeri Terengganu

Perwakilan Negeri Kelantan

Perwakilan Negeri Johor

Perwakilan Negeri Sembilan

Perwakilan Negeri Pahang


 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez