Friday, December 18, 2009

KPO PASTI Kawasan Kuala Terengganu

Posted by nasikerabupetro at 12/18/2009 11:59:00 AM 0 comments
Tarikh: 7 & 8 Disember 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Dahimah's Guest House, Rantau Abang, Dungun

Antara aktiviti riadah petang ketika Kursus Pengurusan Organisasi PASTI Kawasan Kuala Terengganu. Kursus khas ini diadakan bertujuan membentuk pengurusan PASTI dan guru-guru dengan lebih kemas dan bersistematik selaras dengan matlamat PASTI: Pendidikan Pra-Sekolah pilihan abad ke-21.


Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh individu-individu yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan negara seperti pensyarah dan bekas pensyarah.













Tuesday, October 27, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu

Posted by Admin at 10/27/2009 12:25:00 AM 0 comments
Gambar-gambar semasa Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu
24 Oktober 2009

















Thursday, October 8, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu

Posted by Admin at 10/08/2009 07:11:00 AM 0 comments
Kepada semua bekas pelajar PASTI Negeri Terengganu

Dengan sukacitanya, antum semua dijemput hadir ke Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu seperti maklumat banner di atas.

Untuk maklumat, dalam sambutan ini akan dilancarkan Alumni PASTI Negeri Terengganu.

Hadirlah beramai-ramai dalam memeriahkan lagi sambutan yang gilang-gemilang ini.

Siru 'ala barakatillah & Jumpa Di Sana.

Sunday, October 4, 2009

Aktiviti Seni - Origami Kuda

Posted by Admin at 10/04/2009 07:31:00 PM 0 comments
Apa itu Origami ?

Berasal daripada perkataan Jepun : Ori - Melipat & Gami / Kami - Kertas

Bermaksud : Melipat Kertas

Dengan kata lain, ia adalah seni melipat kertas.

Yakni dengan kertas kita boleh membuat pelbagai bentuk yang seterusnya boleh menjadi aktiviti seni yang menarik bagi pelajar-pelajar PASTI serta juga boleh menjadi alat bantu mengajar untuk guru-guru.

Jom kita mulakan dengan Tema : Haiwan di Darat ( Origami Kuda )



Description

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Posted by Admin at 9/28/2009 10:52:00 PM 0 comments


Selamat Hari Raya Adilfitri 1430H daripada :

PASTI Negeri Terengganu

Maaf Zahir & Batin

Monday, September 14, 2009

Kami PASTI akan merinduimu Ramadan 1430H

Posted by Admin at 9/14/2009 10:32:00 PM 0 comments
Puisi Rindu Ramadan

Tak terasa Ramadan hampir pergi
Tafakkur aku dan menangis
Di bawah sejadah yang terbentang
Betapa rindu yang akan mendera

Ketika Ramadan hampir pergi
Dapatkah aku menggapai mu lagi
Menemui mu, menjalankan ibadah dengan nikmat
Kerana kerinduan terpendam di jiwa

Ketika Ramadan hampir pergi
Sujud ampunan yang tak terhingga
Ketika akan bergema Aidilfitri dipenjuru dunia
menyambut dengan gembira

Ketika Ramadan hampir pergi
Ingin rasa nya lebih dekat dengan Mu
Dengan segala kekurangan
Untuk menemui Mu dengan jiwa yang bersih
Ya Rabb berilah hamba Mu ini untuk merasainya lagi
hari hari yang indah didalamnya
Dengan beribadah, bertadarus, bertarawikh dan lailatul Qadar
Dengan kerinduan segenap jiwa

Ya Ramadan 1430H..... Kami PASTI Merindui mu....

Sunday, September 6, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu

Posted by nasikerabupetro at 9/06/2009 12:53:00 PM 0 comments

MAKLUMAT :

Tarikh bagi Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu telah dipinda kepada 22, 23 & 24 Oktober 2009.
Harap Maklum.

Saturday, September 5, 2009

Sambutan Jubli Perak - PASTI Negeri Terengganu

Posted by Admin at 9/05/2009 11:16:00 AM 0 comments
Marilah kita hadir beramai-ramai ke program yang gilang-gemilang ini.

MAKLUMAT :

Tarikh bagi Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu telah dipinda kepada 22, 23 & 24 Oktober 2009.


Harap Maklum.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadan 1430H

Posted by Admin at 8/20/2009 09:52:00 PM 0 comments

Jabatan PASTI Negeri Terengganu mengucapkan...
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!!... Kami merinduimu...


Monday, August 17, 2009

Doa menghindar wabak Selsema Babi (Influenza H1N1)

Posted by Admin at 8/17/2009 01:21:00 AM 0 comments

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, sila amalkan doa di atas tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib).


Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.


(Sumber : Darus Syifa' online)


Selsema Babi (Influenza H1N1)

Posted by Admin at 8/17/2009 12:53:00 AM 0 comments
Berikutan penularan wabak Selsema Babi (Influenza H1N1) yang telah mengorbankan 62 nyawa sehingga tarikh hari ini, Jabatan PASTI Pusat telahpun mengeluarkan pekeliling bertarikh 4 Ogos 2009 dengan arahan PASTI di semua peringkat untuk mengambil langkah-langkah berikut :

1. Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.

2. Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.

3. Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.


4. Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .

5. Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1 N1 ( selesema babi ) ini.


Semoga tunas-tunas Islam dan guru-guru PASTI penggerak tarbiyyah terhindar dari wabak yang diturunkan Allah swt ini. Amin ya rabb..


Wednesday, July 29, 2009

SAJAK UNTUK GURU PASTI... "GURU O GURU"

Posted by Admin at 7/29/2009 03:50:00 AM 0 comments

Guru O Guru


(dideklamasikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong sempena Hari Guru PASTI Terengganu 2009)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Guru o guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979



Friday, July 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI TERENGGANU 2009

Posted by Admin at 7/24/2009 02:05:00 AM 0 comments

Kuala Ibai, 20 Julai 2009 - "Setiap hari adalah hari guru".. itulah kata-kata hikmah yang diucapkan oleh ketua MGP Negeri Terengganu dan diulangi oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud dalam ucaptama beliau.


Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari guru ini berjaya menghimpunkan lebih 300 guru-guru dari seluruh PASTI kawasan-kawasan di Terengganu serta ALP PASTI Negeri.


Sebagai memberkati majlis, aturcara gilang gemilang ini dimulakan dengan alunan wahyu daripada seorang pelajar PASTI K.Terengganu . Seterusnya, disemarakkan dengan nyanyian lagu tema PAS & lagu PASTI oleh semua guru-guru dan hadirin.

Dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ust Mohd Nor Hamzah dengan kalimah juang yang mulia "Siru 'ala barakatillah", antara yang ditekankan oleh Ust Mohd Nor Hamzah ialah tentang tanggungjawab dan jasa guru PASTI sebagai pendidik, sebagai murabbi yang berperanan besar dalam membentuk anak-anak melalui tarbiyyah Islamiyah.


Lantas disertai pula dengan ikrar guru PASTI Terengganu untuk terus komited berjihad dalam gerakan Islam.

Memeriahkan majlis, persembahan sajak daripada pelajar-pelajar PASTI Hulu Terengganu. Nasyid oleh guru-guru PASTI Kawasan Kuala Nerus dan Kemaman. Dikir dakwah oleh kumpulan the Syoutul Jihad, cabutan bertuah dan teristimewa sajak daripada Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman bertajuk "Guru oh Guru".




Majlis sambutan ini juga meraikan mantan AJK PASTI Negeri sessi yang lepas serta penyampaian anugerah pengurusan kewangan cemerlang PASTI kawasan-kawasan, guru lama berkhidmat PASTI negeri Terengganu (Cikgu Maznah Endut - K. Nerus), guru cemerlang PASTI kawasan-kawasan dan tokoh guru pasti PASTI negeri Terengganu (Cikgu Siti Aidah - Dungun).

Tidak kurang hebat dan menyelerakan ialah makanan yang dihidangkan. Ada pulut santan durian, aneka jenis kuih, kepok rebus, tapai pulut dan teristimewa nasi bukhari pada tengaharinya. Itulah antara keistimewaan cikgu PASTI, disamping bijak mendidik, pandai juga memasak.

Majlis diakhiri dengan sessi bergambar untuk semua ALP Negeri & guru-guru yang menerima anugerah. Dengan harapan insyaAllah, sesuai dengan usia 25 tahun PASTI, semoga ia akan lebih maju dalam menerajui perubahan dalam pendidikan pra sekolah di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Syabas & teruskan perjuangan yang murni ini.

"SELAMAT HARI GURU... Setiap Hari Adalah Hari Guru".


Antara gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Terengganu 2009 :

 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez