Saturday, January 16, 2010

Selamat Menyambut Sesi Baru 2010

Posted by abu muhammad at 1/16/2010 06:59:00 AM 0 comments

assalamualaikum. wrt wbt....

Segala puji bagi Allah SWT di atas segala nikmat & rahmat yang dikurniakan kepada kita semua.. Selawat & salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat2nya dan pengikut2nya seingga hari Akhirat...

Dikesempatan ini ana mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah & Selamat Tahun Baru Masihi kpd semua warga PASTI diseluruh negara & khasnya di negeri Terengganu... Terima kasih khusus ditujukan kepada pihak pengurusan Pasti qaryah dan guru2 diatas kerjasama selama ini bagi memastikan perjalanan Pasti berjalan dengan lancar dan baik... Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, muslimin dan muslimat di atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada Pasti selama ini... Diharapkan sokongan ini berterusan sehingga akhir hayat...

Bersempena tahun baru, marilah kita sama2 menanam niat yang ikhlas kpd Allah SWT dan semangat baru bagi memastikan gerak kerja Pasti disemua peringkat berjalan dengan lebih lancar dan meningkat berbanding tahun2 sebelum ini.... Harapan kita agar Pasti akan terus menjadi pilihan utama kpd mesyarakat untuk mendidik anak2 mereka dengan berlandaskan Islam yang syumul... Kita juga mengharapkan agar Pasti benar2 menjadi pusat didikan pra sekolah terunggul pd abad ini....

Selamat Maju Jaya, sekian wassalam....


Mohd Soud Said
Pengarah
Jabatan PASTI N.Trg

Monday, January 4, 2010

PERUTUSAN SESSI 2010 KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA

Posted by Admin at 1/04/2010 12:25:00 AM 0 comments

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.

AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia
 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez