Sunday, June 27, 2010

Karnival Sukan PASTI Malaysia 2010

Posted by tunas at 6/27/2010 09:40:00 AM 0 comments


Bertam, Pulau Pinang - 27 June 2010

Pada hari ini, 14 Rejab 1431H PASTI Malaysia telah menganjurkan karnival sukan PASTI peringkat kebangsaan kali ke-6 di Kompleks Sukan MPSP, Bertam Pulau Pinang. Kali ini, negeri Pulau Pinang yang menjadi tuan rumah mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen PASTI-PASTI Negeri di Malaysia.

Kontinjen PASTI Terengganu yang diketuai oleh Sdr Al-Ghazali kali ini insyaAllah beriltizam untuk memberikan yang terhebat di kejohanan bola sepak & bola jaring. Slogan kontinjen Terengganu "Peteh Tranung Peteh" menyemarakkan lagi semangat pasukan kontinjen Terengganu.

Syabas.. dan "Siru 'ala Barakatillah"


Sunday, May 30, 2010

Majlis Ijtima' & Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010

Posted by Admin at 5/30/2010 09:40:00 AM 0 comments

Pada kali ini Negeri Terengganu dipilih menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Ijtima' Guru PASTI Malaysia 2010. Program yang berlangsung selama 2hari ini mendapat sambutan yang meriah daripada semua perwakilan guru pasti di negeri2 seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Hari Pertama

Program bermula pada hari jumaat bersamaan 28/5/2010 dimana pendaftaran semua kontijen di Masjid Rusila, Marang dan berpindah ke Markas Tarbiyyah Kuala Ibai selepas Solat Jumaat untuk slot perasmian..

Sesi pendaftaran di Masjid Rusila

Sekitar jam 2.45 ptg slot perasmian Ijtima' Guru PASTI Malaysia 2010 dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Hishamuddin dari Kemaman. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan suci Al-Quran oleh adik dari Dungun. Setelah itu hadirin diminta bangun untuk menyanyikan lagu PASTI, semua hadirin semangat menyanyikan lagu ini. Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu (Ustaz Soud), Pengerusi MGP Pusat (Pn Saadiah), Ketua Pengarah Jabatan PASTI Pusat (Cikgu Azrin) dan ucapan dari Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS seterusnya merasmikan program.

Cikgu Azrin meyampaikan ucapannya

Pengarah2 Jabatan PASTI Negeri2 yang hadir

Gimik perasmian program

Program dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh pelajar PASTI Negeri Terengganu dan kumpulan Ex-PASTI yang dapat mengharukan setiap hadirin yang hadir dengan bait2 lagu serta kelunakan suara mereka. Slot persembahan ini juga diselitkan dengan penyampaian sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu.

Persembahan pelajar PASTI

Persembahan kumpulan Ikhwan (Ex-PASTI)

Deklamasi sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu

Sebagai janji seorang guru yang memberikan seluruh komitmen mendidik tunas2 Islam, slot ikrar Guru PASTI Malaysia menjadi tumpuan kerana guru2 yang hadir penuh semangat melaungkan ikrar. Ikrar guru PASTI Malaysia diketuai oleh Pengerusi MGP Negeri Terengganu, Cg Noriah.

Mantan Pengerusi MGPNT, Cg Rohaizan mengetuai bacaan Ikrar Guru PASTI

Janji mereka yang bergelar guru PASTI

Program diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan ABM K4T kepada PASTI Negeri dan penyampaian hadiah serta anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia. Penyampaian cenderahati ini disampaikan oleh Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik.

Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Negeri

Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang

Barisan penerima Anugerah Guru Cemerlang

Program yang bermula pada jam 2.45petang ini telah tamat pada jam 6petang dengan kontijen2 pulang ke penginapan masing2. Pada malam harinya, taklimat KOPASTI diadakan untuk menambah pendapatan PASTI dan dibuka pendaftarannya kepada semua yang ingin menjadi ahli.

Hari Kedua

Hari kedua diteruskan dengan muktamar MGP Pusat.

Penyerahan kad undi kepada Ketua SPR

Pengerusi tetap yang dilantik


Perbahasan usul dan komen dari wakil setiap Negeri

Barisan mantan kepimpinan MGP Pusat

Suasana ketika muktamar

Barisan kepimpinan MGP Pusat yang baru

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Soud bersama AJK2 yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan serta lokasi muktamar yang selesa kepada semua kontijen yang hadir. Semoga ia dapat menjadi contoh atau titik rujukan kepada muktamar yang akan datang..InsyaAllah.


Gambar perwakilan setiap Negeri

Perwakilan Negeri Sabah

Perwakilan Negeri Sarawak

Perwakilan Negeri Selangor

Perwakilan Negeri Pulau Pinang

Perwakilan Negeri Perak

Perwakilan Negeri Perlis

Perwakilan Wilayah Persekutuan

Perwakilan Negeri Melaka

Perwakilan Negeri Kedah

Perwakilan Negeri Terengganu

Perwakilan Negeri Kelantan

Perwakilan Negeri Johor

Perwakilan Negeri Sembilan

Perwakilan Negeri Pahang


Thursday, May 27, 2010

Ijtima Guru PASTI Malaysia 2010

Posted by Admin at 5/27/2010 05:39:00 AM 0 comments
28 & 29 Mei 2010 - Kuala Ibai, Terengganu

Alhamdulillah pada tahun ini, PASTI Negeri Terengganu menjadi tuan rumah bagi Ijtima Guru PASTI Kebangsaan 2010. Takbir !!

Pendaftaran bagi Ijtima Guru PASTI ini bertempat di Masjid Rusila pada 28 Mei 2010 (sebelum Jumaat), manakala majlis perasmian bertempat di Markaz PAS Kuala Ibai juga pada 28 Mei 2010 (selepas Jumaat). Mesyuarat agung Guru PASTI Malaysia 2010 pula akan berlangsung pada keesokan harinya, 29 Mei 2010 di Markaz PAS Kuala Ibai.

(Montaj bagi Ijtima Guru PASTI Malaysia 2010)

Semoga perjalanan Ijtima ini lancar dan mendapat keberkatan Allah swt. Siru 'ala barakatillah.

Saturday, May 15, 2010

Karnival Sukan PASTI Terengganu 2010 (keputusan)

Posted by tunas at 5/15/2010 12:52:00 PM 0 comments
Sepakan penalti daripada Dungun

Sepakan penalti daripada Marang.. hebat !!

Alor Lintah, Besut, 15 Mei 2010

Keputusan Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu :

(A) Bola Sepak

Johan - PASTI Dungun
Naib Johan - PASTI Marang

Pertandingan yang sengit antara pasukan bola sepak Dungun & Marang yang akhirnya keputusan ditentukan dengan sepakan penalty. Kemenangan akhir berpihak kepada Dungun (3-2). Takbir !!

TAHNIAH kontijen bola sepak PASTI Dungun !!

Bola jaring K.Terengganu lwn Besut

Juara bola jaring.. Kuala Terengganu.. Tahniah !!

(B) Bola Jaring

Johan - PASTI K. Terengganu
Naib Johan - PASTI Marang

Pasukan K.Terengganu memang tiada tolok bandingnya dengan mudah mengalahkan pasukan Marang di peringkat akhir dengan 15-0.

SYABAS kontinjen bola jaring PASTI K. Terenggganu !!

Juara Keseluruhan dengan Piala Pusingan.. PASTI Marang

(C) Juara Keseluruhan

Diumumkan ... PASTI Kawasan Marang.

TAHNIAH TAHNIAH !!!!

Karnival Sukan PASTI Terengganu 2010

Posted by tunas at 5/15/2010 09:08:00 AM 0 comments
Besut, 14 & 15 Mei 2010. Persiapan saat akhir Karnival Sukan berjalan lancar di Padang Pak Pa, Bandar Jertih dan rumah penginapan kontinjen Daerah di Markaz Tarbiyyah PAS Besut di Alor Lintah. Setiap Kawasan menghantar 20 orang peserta, 10 orang pelajar lelaki bagi acara bola sepak dan 10 orang peserta perempuan untuk acara bola jaring.

Pada sebelah petang 14 Mei 2010 telah diadakan raptai perasmian untuk acara Karnival Sukan PASTI Terengganu 2010 pada 15 Mei 2010.

Raptai perbarisan pelajar dan guru - 14 Mei 2010


Acara menaikkan bendera

Perbarisan keluar

Perasmian pembukaan oleh Pengarah PASTI Negeri - 15 Mei 2010

Ucapan oleh Timbalan YDP

Kontinjen Besut

Kontinjen Setiu

Kontinjen Kuala Nerus

Kontinjen K. Terengganu

Kontinjen Marang

Kontinjen Hulu Terengganu

Kontinjen Dungun

Kontinjen Kemaman

Perasmian Penutup oleh Ketua DPPNT

Tahun depan Karnival Sukan PASTI di Setiu.. insyaAllah... Takbir !!
 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez