Saturday, May 15, 2010

Karnival Sukan PASTI Terengganu 2010

Posted by tunas at 5/15/2010 09:08:00 AM 0 comments
Besut, 14 & 15 Mei 2010. Persiapan saat akhir Karnival Sukan berjalan lancar di Padang Pak Pa, Bandar Jertih dan rumah penginapan kontinjen Daerah di Markaz Tarbiyyah PAS Besut di Alor Lintah. Setiap Kawasan menghantar 20 orang peserta, 10 orang pelajar lelaki bagi acara bola sepak dan 10 orang peserta perempuan untuk acara bola jaring.

Pada sebelah petang 14 Mei 2010 telah diadakan raptai perasmian untuk acara Karnival Sukan PASTI Terengganu 2010 pada 15 Mei 2010.

Raptai perbarisan pelajar dan guru - 14 Mei 2010


Acara menaikkan bendera

Perbarisan keluar

Perasmian pembukaan oleh Pengarah PASTI Negeri - 15 Mei 2010

Ucapan oleh Timbalan YDP

Kontinjen Besut

Kontinjen Setiu

Kontinjen Kuala Nerus

Kontinjen K. Terengganu

Kontinjen Marang

Kontinjen Hulu Terengganu

Kontinjen Dungun

Kontinjen Kemaman

Perasmian Penutup oleh Ketua DPPNT

Tahun depan Karnival Sukan PASTI di Setiu.. insyaAllah... Takbir !!

Saturday, January 16, 2010

Selamat Menyambut Sesi Baru 2010

Posted by abu muhammad at 1/16/2010 06:59:00 AM 0 comments

assalamualaikum. wrt wbt....

Segala puji bagi Allah SWT di atas segala nikmat & rahmat yang dikurniakan kepada kita semua.. Selawat & salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat2nya dan pengikut2nya seingga hari Akhirat...

Dikesempatan ini ana mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah & Selamat Tahun Baru Masihi kpd semua warga PASTI diseluruh negara & khasnya di negeri Terengganu... Terima kasih khusus ditujukan kepada pihak pengurusan Pasti qaryah dan guru2 diatas kerjasama selama ini bagi memastikan perjalanan Pasti berjalan dengan lancar dan baik... Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, muslimin dan muslimat di atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada Pasti selama ini... Diharapkan sokongan ini berterusan sehingga akhir hayat...

Bersempena tahun baru, marilah kita sama2 menanam niat yang ikhlas kpd Allah SWT dan semangat baru bagi memastikan gerak kerja Pasti disemua peringkat berjalan dengan lebih lancar dan meningkat berbanding tahun2 sebelum ini.... Harapan kita agar Pasti akan terus menjadi pilihan utama kpd mesyarakat untuk mendidik anak2 mereka dengan berlandaskan Islam yang syumul... Kita juga mengharapkan agar Pasti benar2 menjadi pusat didikan pra sekolah terunggul pd abad ini....

Selamat Maju Jaya, sekian wassalam....


Mohd Soud Said
Pengarah
Jabatan PASTI N.Trg

Monday, January 4, 2010

PERUTUSAN SESSI 2010 KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA

Posted by Admin at 1/04/2010 12:25:00 AM 0 comments

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.

AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia

Friday, December 18, 2009

KPO PASTI Kawasan Kuala Terengganu

Posted by nasikerabupetro at 12/18/2009 11:59:00 AM 0 comments
Tarikh: 7 & 8 Disember 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Dahimah's Guest House, Rantau Abang, Dungun

Antara aktiviti riadah petang ketika Kursus Pengurusan Organisasi PASTI Kawasan Kuala Terengganu. Kursus khas ini diadakan bertujuan membentuk pengurusan PASTI dan guru-guru dengan lebih kemas dan bersistematik selaras dengan matlamat PASTI: Pendidikan Pra-Sekolah pilihan abad ke-21.


Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh individu-individu yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan negara seperti pensyarah dan bekas pensyarah.













Tuesday, October 27, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu

Posted by Admin at 10/27/2009 12:25:00 AM 0 comments
Gambar-gambar semasa Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu
24 Oktober 2009

















Thursday, October 8, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu

Posted by Admin at 10/08/2009 07:11:00 AM 0 comments
Kepada semua bekas pelajar PASTI Negeri Terengganu

Dengan sukacitanya, antum semua dijemput hadir ke Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu seperti maklumat banner di atas.

Untuk maklumat, dalam sambutan ini akan dilancarkan Alumni PASTI Negeri Terengganu.

Hadirlah beramai-ramai dalam memeriahkan lagi sambutan yang gilang-gemilang ini.

Siru 'ala barakatillah & Jumpa Di Sana.

Sunday, October 4, 2009

Aktiviti Seni - Origami Kuda

Posted by Admin at 10/04/2009 07:31:00 PM 0 comments
Apa itu Origami ?

Berasal daripada perkataan Jepun : Ori - Melipat & Gami / Kami - Kertas

Bermaksud : Melipat Kertas

Dengan kata lain, ia adalah seni melipat kertas.

Yakni dengan kertas kita boleh membuat pelbagai bentuk yang seterusnya boleh menjadi aktiviti seni yang menarik bagi pelajar-pelajar PASTI serta juga boleh menjadi alat bantu mengajar untuk guru-guru.

Jom kita mulakan dengan Tema : Haiwan di Darat ( Origami Kuda )



Description
 

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Terengganu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez